NORHUDA BINTI ZAKARIA (D20102044892)

Norhuda Binti Zakaria (D20102044892)

Sunday, 20 November 2011




Pendidikan Seni
Komponen pendidikan seni memberi fokus kepada usaha mencungkil, mengembangkan bakat dan potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang diperolehi. Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar dan kemahiran melukis. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti melukis, membuat corak dan rekaan, membuat binaan dan menghasilkan kraftangan berdasarkan kreativiti murid.
Komponen pendidikan seni membolehkan murid:
>Mengembangkan bakat dan kreativiti
>Menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor murid
>Menilai keindahan alam dan warisan budaya
>Mengenal, membeza dan menggunakan warna yang betul
>Menghasilkan karya seni yang kreatif
>Memberi peluang kearah kerjaya
KEGIATAN DAN JENIS AKTIVITI

Melukis

Membolehkan murid untuk melakukan kemahiran motor kasar serta mengawal pergerakan motor halus untuk menguasai kemahiran melukis dengan menggunakan alatan seni lukis. Murid juga akan mengenal, membeza dan menggunakan warna dengan betul seperti warna asas dan warna sekunder.

Membuat corak dan rekaan

Mengetahui pelbagai cara untuk mereka corak secara terancang dan tidak terancang. Corak-corak yang dihasilkan boleh menggunakan anggota badan atau alatan untuk menghasilkan:
>Lukisan
>Catan
>Resis
>Cetakan
>Kolaj
>Capan
>Lipatan dan guntingan
>Mozek
>Kaligrafi/khat
Mereka dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan mereka dan membentuk membina mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
>Boneka
>Topeng
>Mobail
>Diorama
Boleh mereka bentuk binaan daripada bahan secara gulungan, lipatan, renyukan, selitan, sisipan atau potongan, koyakan dan guntingan.
Menghasilkan Kraftangan
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarkat yang diwarisi turun- temurun.
>Anyaman – mengkuang
>Wau – buluh
>Layang-layang – lidi
>Tembikar – tanah liat
>Senduk – tempurung

No comments:

Post a Comment