NORHUDA BINTI ZAKARIA (D20102044892)

Norhuda Binti Zakaria (D20102044892)

Friday, 9 December 2011

Nyanyian


Nyanyian 
Kenapa belajar menyanyi?
Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara dan sebab-sebab yang penting dalam mempelajari nyanyian:
1.       Dapat memperluaskan budaya dan memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat
2.       Memperkayakan imaginasi
3.       Mempertingkatkan daya pemikiran
4.       Memberi kegembiraan dan keseronokan
5.       Memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul
6.       Memperbaiki kekeuatan dan mutu suara dalam percakapan
7.       Memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi
8.       Melepaskan perasaan yang kurang senang
9.       Membina keyakinan diri
10.   Membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti kepimpinan
11.   Aset warisan budaya
12.   Memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain

Wednesday, 7 December 2011


Muzik
Komponen  muzik ini melibatkan nyanyian, permainan alat-alat muzik dan pergerakan. Kurikulum ini dapat mengembangkan minat, bakat dan potensi murid-murid. Kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai akan melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran dan berketrampilan serta bersikap positif dari aspek emosi dan sosial dalam kehidupan.
ü  Mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan
ü  Mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
ü  Mahir menggunakan alat-alat muzik
ü  Mengenal lagu berdasarkna melodinya
ü  Mengawal koordinasi angota badan
ü  Melakon dan menghayati berbagai watak
ü  Membaca dialog dengan baik


Sunday, 20 November 2011




Pendidikan Seni
Komponen pendidikan seni memberi fokus kepada usaha mencungkil, mengembangkan bakat dan potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang diperolehi. Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar dan kemahiran melukis. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti melukis, membuat corak dan rekaan, membuat binaan dan menghasilkan kraftangan berdasarkan kreativiti murid.
Komponen pendidikan seni membolehkan murid:
>Mengembangkan bakat dan kreativiti
>Menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor murid
>Menilai keindahan alam dan warisan budaya
>Mengenal, membeza dan menggunakan warna yang betul
>Menghasilkan karya seni yang kreatif
>Memberi peluang kearah kerjaya
KEGIATAN DAN JENIS AKTIVITI

Melukis

Membolehkan murid untuk melakukan kemahiran motor kasar serta mengawal pergerakan motor halus untuk menguasai kemahiran melukis dengan menggunakan alatan seni lukis. Murid juga akan mengenal, membeza dan menggunakan warna dengan betul seperti warna asas dan warna sekunder.

Membuat corak dan rekaan

Mengetahui pelbagai cara untuk mereka corak secara terancang dan tidak terancang. Corak-corak yang dihasilkan boleh menggunakan anggota badan atau alatan untuk menghasilkan:
>Lukisan
>Catan
>Resis
>Cetakan
>Kolaj
>Capan
>Lipatan dan guntingan
>Mozek
>Kaligrafi/khat
Mereka dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan mereka dan membentuk membina mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
>Boneka
>Topeng
>Mobail
>Diorama
Boleh mereka bentuk binaan daripada bahan secara gulungan, lipatan, renyukan, selitan, sisipan atau potongan, koyakan dan guntingan.
Menghasilkan Kraftangan
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarkat yang diwarisi turun- temurun.
>Anyaman – mengkuang
>Wau – buluh
>Layang-layang – lidi
>Tembikar – tanah liat
>Senduk – tempurung

Wednesday, 19 October 2011

INFO : Music for Children


Let's clap our hands together, 
Let's clap our hands together.
Let's clap our hands together,
Because it's fun to do.
 Additional verses:
Let's blink our eyes together.
Let's blink and clap together.
Let's slap our knees together.
Let's wiggle our heads together.
Let's drop our jaws together.
Let's twist and shout together.
Let's swing and sway together.

Let's clap our hands together,
No matter what the weather.
You'd better clap
Or you'll be in trouble.


So let's clap on the double